Rabu, 15 Disember 2010

Tak Berapa Waras ^_^

tadi takde keje bosan bosan CK wat Psychological Personality Tests kat facebook....pastu PAKSA ajak Rizzy wat plak...ni la dia hasilnye:~

Dear Cahaya Kekasih, based on test taken, How ambitious you are depends on the height that you answered, which is: top

You are opinionated and self-oriented, the size of this personality as seen by others is medium.
웃 : You have a complicated personality.
웃 : You have a peaceful personality.
웃 : You are also down-to-earth.
웃 : You are an opportunist.
웃 : Your best friend is the one you need when you are in trouble.




Dear Rizwanz Vosenika, based on test taken, How ambitious you are depends on the height that you answered, which is: success

You are opinionated and self-oriented, the size of this personality as seen by others is medium.
웃 : You are easy to understand.
웃 : You have a stubborn personality.
웃 : You are also down-to-earth.
웃 : You are an opportunist.
웃 : Your best friend is the one you need when you are in trouble.



haaa.....nampak tu??? yang merah tu perbezaan CK dgn Rizzy...yg lain tu same...huhu..amacam...ada betul ka? boleh pakai gak nih :P


mode: rasa macam nak wat test lain plak ^_~

Sabtu, 4 Disember 2010

first CK_Rizzy's card

membuat kad untuk dokter Ungku Kamariah, Pain Management Clinic HSI.

kad pertama kami~ hehe. nampak tak sain tu? :p


proses melekatkan quilling bee hasil buatan tangan Ck..Rizzy dengan konfidennya bubuh gam~ :P

maka...


siaplah kad itu~ hehe :D

dokter suka ok! haha


'CK lukis,CK kaler, Rizzy adjust bentuk muka, CK's 1st quilling try~bee, outline all by Rizzy, Ginger Bread, inside by CK~tulis je pandai..practical kureng :P
'

(ayat kopipes CK tulis kat Fb. HAHA
)





kami buat kad. ehh..Rizzy hanya membantu Ck menyettlekan 33 keping kad yang ditempah oleh kazen beliau. maka..saja la nak letak jugak kat blog ni..HAHA.


Ada Aku Kesah, Lelah Dipadam Suka & Langit Dusta


dimulakan dengan contengan selamba Ck..kemudian palitan spontan Rizzy~

tadAaaa~! HAHA. painting poem yang tetiba~

ade aku kesah?
Jojo pedulik..
Paktam kacak,
Rizzy ayu..
Ck gagah!


lukisan seterusnya di malam itu~ Ck mamai...Rizzy stress kene kaler background sensorang~
separuh bunga lu kaler, separuh lagi gua~


(tadaaa~ satu lagi painting siap~ huhu. lihatlah graviti air dalam pasu itu~ majik kan? :p bunga yang menakutkan~. Rizzy sempat menulis puisi untuk painting ini sebelum painting ini dilukis..hebat tak? HAHA.

LELAH DIPADAM SUKA
Kesakitan gurindam lelah
Mencengkam suka-suka
Bersama...

Seluruh muka-muka siksa
Tenggelam ke dasar lupa-lupa
Aku memeluk kecewa
Dengan senyum penuh gula
Bersama...

Kisah kita
Meski sukar dijelaskan mata
Sarat kau curahkan cinta
Bersama...

nukilan: Rizzy~16 okt 2010

painting: CK_Rizzy~18 okt 2010



lagi satu painting...di malam itu~ Ck mengajar Rizzy cara-cara menggabungkan warna dengan hikmat 'calit-cincai' yang dipelajari di gunung daik dengan seorang pak guru~

yeahh~ inilah hasilnya..painting ini diberikan nama atas surat beranak 'Langit Dusta'



Lawatan Sambil Mewarna~

Lawatan ck_rizzy ke galeri seni Muar. join kelas mewarna bersama kanak-kanak. RM 5 seorang sekali masuk. kami diajar melukis dan mewarna di atas kanvas menggunakan arkrilik. banyak yang dipelajari di sana..maka kami terasa sangat naif~ HAHA. (skema ayat aku wehh).




gadis kebaya biru..lukisan bersama ck_rizzy dibantu cikgu faez. :)



aksi-aksi mewarna yang konon-konon pro~ padahaaall~..haha. yaa, rizzy sain dengan penuh gementar sekali. :p


posing jangan tak posing~

terima kaseh cikgu~ kami budak baru belajar buat huru hara~



Khamis, 28 Oktober 2010

MELODY OF CK_RIZZY

When i see you marah
I rasa macam want to blah
Because nanti you terkam i
I cannot stand the flame in your eyes.

When i see you senyum
My hati starts to bloom
Semua happen to be miracles
I nak you, even you tak tackle.

Whatever yang jadi we have to be happy
Even things went wrong we buat tak reti
Miss-communicate terjadi hari-hari apply sorry
At the end of the story kita tulis puisi lagi.


















Rizzy & Cahaya Kekasih
27 Oktober 2010

p/s:
Paparazi kejar we play hide and seek with  the camera
Esok jadi front page don't know where to put muka.

Khamis, 14 Oktober 2010

DILAMAR MIMPI

Dalam lesu
mewarna cahaya
melukis pelangi
hidayahku diduga
                   dilamar mimpi...

Biarpun kita-kita melontar sejuta jawapan

Tetap mereka-mereka melempar seribu persoalan
Situasi sukar umpama sedih-sedih melingkar
Tak terfahamkan akal.


Atas alasan apa lagi mahu kau dengar
Cerita-cerita puas kusimpul hujung jalan
Keputusanku membongkar wajah-wajah sebenar
Perhubungan.


Keji-kejian menimpa muka-muka sekitar suka
Membalut luka-luka semalam menumbuh duka
Maki-maki hina aku jahat kau kata
Walau cuba hentikan curang-curang dan dusta-dusta.


Seluruh sudut perimeter kecewa-kecewa hati
Kita cuba susun plot-plot jatidiri
Persetan semua dengki-dengki dan benci-benci
Mereka perempuan dan laki-laki.

Dalam bingit

memanah adil
membedil erti
hatiku dikepung
                          pendinding suci
mati tak jadi.




Cahaya Kekasih & Rizzy
13 Oktober 2010

Selasa, 14 September 2010

Termenung.............

dRama(dhan) da abis....CK_Rizzy nak watpe pas ni?


mode: collect DUIT RAYA :P

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfithry..!


hey ho hey ho..!! marilah beraya kita~ :D

maaf zahir dan batin.

Khamis, 9 September 2010

Pecah Rekod!

siri 30 aku buat dalam ngantuk...

wei...ape yang rhyme dgn ngantuk???

ni rizzy la ni.....bagi huruf A banyak2 kali ni...jiwa la...mata...puasa.....sms tanya apa yg rhyme tak balas lak...bz la tu shopping....huhu....gua bpe kali pegi shopping pun reply msg, beb.....

tanya kawan..die terus blur....tanya abg...dia bagi "rasa"...dah selalu guna.."firasat"??? ape jauhhhhhhhhhhhh sangat tu? adeh...

skrg ni camne ni...ntah apa aku wat pantun 8 kerat tu pun aku x fhm...punye la lama aku nak siapkan ni...dari pkl 11...skrg pkl 1.40 pg..hahaha

da la nak tdo....esok punye ntah camne la...mahu combine semua format... :)

....tata..

mood: sedang cuba bertukar jadi TUKANG JAHIT...tak mual2 pun ~_O

Rabu, 8 September 2010

hari-hari akhir drama(dhan)

dugaan demi dugaan.............

masa awal-awal dulu start wat dramadhan aku takleh online 4 hari.. dan CK dgn tabahnya in charge post semua poem..huhu

pastu..ade satu hari aku tetido time-time kritikal nak wat dramadhan -waktu malam lepas isyak.

CK berjaya kejut aku bangun. (syukur..)

pastu..kelmarin, (hari2 akhir dramdhan) Ck takleh online. strimik dengki..!

mlm smlm...umah CK black out..CIS..! dia tpaksa send part dramadhan kat henset. dalam keadaan yg sgt emo skali..(perlukah aku story kat sini??? HAHA..)

hari ni....orang semua dah mula bz gile nak prepare raya. tmasuklah partner comel aku ni. dia sibuk nak anyam ketupat la..nak jahit baju la..huhu

taktau la macamana nak settlekan dramadhan dalam keadaan family aku pun dah mula berkumpul kt umah...

harap-harap aku ngn Ck dapat wat sampai abis tanpa ada dugaan yang dasyat...aminnnnn..!

LAgi 2 puisi je wehhhhhhhhhhhhhhhhh..!!!

lagi duaaaaaaaaaaaa....!!!!!!!

(tah ape aku merepek tah.huhu)

Selasa, 7 September 2010

Dugaan Ke 3~~

hahahhahahahHAHAHAhahahaha....

(gelakkan Rizzy)

semalam satu ari streamyx dengki....

so xde la aku online (bajet cam dari siang la plak try online kan..padahal dah nak buka puasa baru tau line prob :P)

maka malam aku terpaksa la meng"online" kan diri dengan broadband yang "tersangatttttttttttt la laju" itu.....

badan penat giler satu ari transform rumah ni jadi galeri....layan anak2 buah conteng dinding lagi....kena plak Cikgu Rijji bagi homework susah...adeh...semalam hari yang sangat meletihkan fizikal dan MENTAL

ape2 pun...dRama(dhan) 28 tetap siap ok...huhu

Go CK Go!!

mood: kepala SAKIT hati BIOL

Isnin, 6 September 2010

Mencari CK (menunggu)


siangku lena..petangku jaga..MENCARI CK.

ku dengar lagu berkali-kali..lagu raya dan lagu VE.

dalam kepala :

'mana pulak pegi budak kecik ni? haishhh..pukul 11 td ade mesej aku. tapi sekarang dh hilang pulak. takkan la dia sakit kot?

apa yang dah jadi..? dia buat kueh ke pagi td? dia ngantok kot...then mungkin ptg baru tido. takpun dia kelua..

kalau klua..takkan takleh reply mesej?? dia takde kedit ke?

takkan la pasal masalah emosi mlm td kot...hmmm.

Rizzy masih menunggu..

ya..di sini aku terus menunggu,
sampai nanti...

kau terjah Ym ku atau henset..

wahai partner.

kita ada kerja harus disettlekan..!



lagu 'rentak disko' by VE berkumandang di bilikku ketika aku menulis ini. lagunya sayu menusuk hati meski iramanya ceria dan gumbira. :(

Ahad, 5 September 2010

Cari Pasal

harini aku kena start plak dRama(dhan) tu....haihh...semalam nak rhyme kan ayat rizzy dah la payah giler....arini giler plak aku kena mulakan....

jap p buka puasa jap :P

ok...sambung balik....da kenyang da (padahal makan roti je =_=!)

saje cari pasal la kitorg ni kan...dah nak abis ni leh tukar format lagi plak....dah 2x tukar da ni..nyusahkan diri sendiri..xtau makin bagus ke x ke....tapi yang penting cuba,,,korang ingat senang ke nak satukan dua otak...tapi masih nak kekalkan identiti? da la masing2 ego....huhu...

baru wat satu je rangkap je ni...mlm ni aku plak jadi cikgu...bg homework kat rizzy...jom balas dendam!!! bagi rhyme susah2...huhu...


mood: SEDIH kucing mati + x dapat gantung lukisan sendiri kat hall :(

Sabtu, 4 September 2010

Kontro-Scandali..!


Berkali-kali sudah dikata

Scandalicious memang gua

Dengan lelaki boleh saja

Paktam pun jadi mangsa..!

HEyyy..!

Dalam sepuluh point entry

Mula-mula aku dah kasi

Dari daging sampai tepi-tepi

Aku suka kontroversi..!

Tapi..

Bila ada yang ganggu jari

Duet nyanyi pun terhenti

Sekarang Puisi..

Masih mau potong jalan?

Mahu sekat idea kawan?

Heh..!

Jangan sampai gua baling pinggan..!

Berpasangan bukan hanya dalam produktiviti manusia.


p/s ; aku pun ada versi aku jugak~ HAHA. lawan CK.. huhu

PUBLISITI MURAHAN

Gosip sana sini
asal saja duet dengan lelaki
kau kata aku skandalisme
diamkan; aku tengok dari tepi
tunggu kau berhenti.


Cinta hati tak bising
orang lain yang pusing
                        pening
fikir keserasian
bayang perasaan
baik-baik dia tak melenting
gara-gara kau, terbalik periuk nasi
                                                     terpelanting
hati kering
                  boleh jadi genting.



Suka-suka bagi publisiti
percuma pun rasa basi
tetiba rasa macam artis
bukankah sepatutnya aku yang menulis?



Aku
        obses pada karya
        fokus pada kerjaya
                         agensi bersama
sudah-sudahlah buang masa
jodoh pertemuan bukan bidang kita
jangan menyibuk
                        kerja yang maha Esa.


Cahaya Kekasih
3 September 2010
23:50pm


hmm....aku tak tahu nak cakap camne da..korang faham2 sendiri la ye...

mood: LETIH tau x?

Jumaat, 3 September 2010

dRama(dhan) tukar format minggu akhir..!

PLen untuk esok..

kami nak tuka format. YAAAA..kasi tuka itu format..! sebab ada orangkata dah bosan. (orang tu skendel aku..PAKTAM ..! CISS...!!! )


tuka jadi pantun 8 kerat..bila tanya budak kecik yg perasan gemuk ni , dia kata 'ENTAH...' << jawapan klise dia

4 baris dia, 4 baris aku. ( senang sikit kot.? )

just pendek je. (CK tak pendek tau, dia sedang2 ..! (tetiba) )

dan ofkoz format tu akan diteruskan sampai habis puasa. maybe dramadhan 31 adalah yg akhir.

lepas tu, projek sterusnya mungkin akan ada puisi Raya.


aku plen nak wat puisi 'Salam Samperit' ..takpun 'Tart Rindu bersalut airmata Ceri' HAHA..

apa-apa pun, kena settlekan dulu dramadhan yang dah terlanjur dekat sebulan ni. kalau tak, memang malu la muka kiteorang..mana nak sorok wehhhh..!

jamban pun tak nak terima kalau tak dapat settlekan Tour ni. sbb gaya dua-dua macam Pro..PADAHAAAALLLL

ok, sekian saja ceramah aku, wassalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh..! :D

Sementara Menunggu Kembar Sedar Dari Mimpi...

mana la akak rijji ni....dah tertdo lagi ke? adeh....dugaan betul!!

cepat2 aku siapkan part aku untuk puisi dRama(dhan) tu bila tau die ngantuk sangat2 tadi...dengan harapan dapat la siapkan awal siri 25 ni...pastu die nak tdo sampai pagi pun boleh...biar aku post....tapi.............

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............mana kamu ni???

hah!! panjang umo....baru ngata dan muncul....ingat tadi lama diam dah terawih da...rupanye tdo...skrg baru nak pegi..hampagas sungguh...huhu...

CAHAYA bukan KEKASIH

hi.... (sambil melambai-lambai tangan dan senyum ala-ala Miss World :) )

tak tahu nak type apa....nak cakap macam mana...aku tak pandai rapping cam mamat keding+gedik kat entry bawah ni [wahaha...belum apa-apa dah attack partner :P]

by the way..nama aku Cahaya Kekasih...orang panggil cahaya..tak pun CK...orang kata aku terlalu fokus pada seni....dan patut buat benda lain....tapi kan..masalahnye..ADE AKU KESAH? ikut suka aku la.....

# lukisan aku tak secomel contengan Rizzy~ tapi ada yang beli
# puisi aku tak segempak nukilan Rizzy~ tapi ada yang menghayati

aku nak alami semua rasa...sakit, marah, sedih, suka, bahagia, teruja...luahkan semua dengan pena dan warna...setiap karya ada cerita....takkan biar derita itu sia-sia..kosong!

bagi aku hidup ini memang sangat seni..termasuk memasak dan menjahit serta menyapu sampah....dan aku suka rakam memori penting [tak kira yang pahit atau manis]...jadi mana-mana aku pegi sentiasa ada kamera (kalau darurat kamera hp pun jadi)..seni yang paling aku gagal adalah muzik..

jadi boleh bayangkan tak??



CK = Conteng-conteng + Tulis-tulis + Klik-klik - Nyanyi-nyanyi

Rizzy = Conteng-conteng + Tulis-tulis + Nyanyi-nyanyi - Klik-klik

jadi...

CK ( Conteng-conteng + Tulis-tulis + Klik-klik) - Nyanyi-nyanyi  = Rizzy ( Conteng-conteng +Tulis-tulis + Nyanyi-nyanyi) - Klik-klik


jadi korang kire la sendiri jawapannya pasal aku pun da pening....hahaha

R to the I,Z,Z to the Y..!

Salaam alaik.. :)

R to the I,Z,Z to the Y..!


nama aku Rizzy , aku sangat suka berseni dan kakiku bangku bangki, suka-suki bernyanyi dan buat muzik ikut sukahati..!

aku muda lagi ,jadi jiwa sangat berapi-api..! segala bahasa puisi mahu ku nukil dari lidah ini, cuba meluah kata-kata sakti ..!

HEyy..! dengki bukan bahan yang perlu jadi emosi, tapi cuba kongsi realiti apa tangan ini bisa menulis, melukis warna-warna pelangi..!

aku cuba menari atas gelora rasahati yang sepi..melewati semua awan-awan nestapa jadi gumbira yang tersenyum manja..! kau dan aku luka..dalam derita, dalam sengsara meniti hidup bahgia..

HEyyy..!

ini kisah manusia yang tak mahu jadi buta, ditelan durjana tangan-tangan dusta merentas gila dunia..!

R to the I,Z,Z to the Y..

Aku dan Ck cuba bersuara atas melodi karya dan kisah usaha, kita, mahu bikin yakin dalam diri, mahu cipta buku dalam hari, agar duri dalam isi bisa terludah tumpah di kaki sepi, ke lubang sakit-sakit bosan menelan angan-angan basi..!

psssttt....! orang kata, kalau cakap banyak nanti kena sepak..so , aku pun dah mula serak..kita sambung kes kat partner gadis aku pulak.. give it up to miss Ck the kad towkeyy..!

YEAHHH..!!!