Jumaat, 3 September 2010

R to the I,Z,Z to the Y..!

Salaam alaik.. :)

R to the I,Z,Z to the Y..!


nama aku Rizzy , aku sangat suka berseni dan kakiku bangku bangki, suka-suki bernyanyi dan buat muzik ikut sukahati..!

aku muda lagi ,jadi jiwa sangat berapi-api..! segala bahasa puisi mahu ku nukil dari lidah ini, cuba meluah kata-kata sakti ..!

HEyy..! dengki bukan bahan yang perlu jadi emosi, tapi cuba kongsi realiti apa tangan ini bisa menulis, melukis warna-warna pelangi..!

aku cuba menari atas gelora rasahati yang sepi..melewati semua awan-awan nestapa jadi gumbira yang tersenyum manja..! kau dan aku luka..dalam derita, dalam sengsara meniti hidup bahgia..

HEyyy..!

ini kisah manusia yang tak mahu jadi buta, ditelan durjana tangan-tangan dusta merentas gila dunia..!

R to the I,Z,Z to the Y..

Aku dan Ck cuba bersuara atas melodi karya dan kisah usaha, kita, mahu bikin yakin dalam diri, mahu cipta buku dalam hari, agar duri dalam isi bisa terludah tumpah di kaki sepi, ke lubang sakit-sakit bosan menelan angan-angan basi..!

psssttt....! orang kata, kalau cakap banyak nanti kena sepak..so , aku pun dah mula serak..kita sambung kes kat partner gadis aku pulak.. give it up to miss Ck the kad towkeyy..!

YEAHHH..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan