Rabu, 16 Februari 2011

7 Matang Origami - Rizzy

5 haribulan 2, majlis pertunangan CK & Rizzy, tuan punya blog ni berlangsung..maka sebulan sebelum itu kami berdua sudah pun memulakan operasi jenayah melakukan kerja-kerja menyiapkan hadiah adat melayu, yakni : 'hantaran' bak kata ayat moden. 7 berbalas 9 hantaran kami rancang nak buat sendiri dengan dua tangan. (apasal rimass sangat aku menulis ni..haishhh!! )

senang cerita, Rizzy ngn Ck wat hantaran ikut kreativiti masing2 guna kepala otak yg tak berapa nak center. konon seni la, bajet seni~haha. Plen dimulai dgn usul Ck yg nak guna kotak. Maka usul tu diluluskan oleh Rizzy dengan hasrat meniru idea tersebut bulat-bulat. HAHA. Maka kotak dicari sana-sini, kertas pembalut pun dibeli. CK Rizzy pun mengerah idea dan tenaga yg ada~ 

Mula-mula test balut kotak, buat bucu kat tepi tu..huhu. macam-macam hal yang jadi... proses mencari idea ni dibantu oleh cikgu adib yg datang umah...ya, dia kata dia nak tolong~ haha. lepas tu satu hari suntuk cikgu Adib duk tgok aku wat berbagai-bagai teknik dan pengolahan idea, (skema lak..) pastu sempat aja dia buat bunga rose origami, (bunga dia tak jadi dia buang lam bakul sampah ..haha) then mlm lpas maghrib baru dia balik lepas aku dah puashati dgn design kotak tu. tengs cikgu Adib! (kerna jd tukang setuju dan tukang angguk..HAHA)


aksi-aksi buat bunga origami yg dikendid oleh CK~  


Rizzy telah memilih tema origami. maka dia pun menyusahkan diri dengan membeli kertas pink.HAHA. kaler pink tu agak rare...susah siot nak carik..ulang alik pegi kedai sebab salah beli kontras pink.. :( bunga origami dah mula dibuat satu persatu lepas je tarikh tunang dikonfemkan oleh mak-mak kami. aku dari tak cekap n tak bape ingat cara nak buat dia sampai dah hafal ..haha. (refer kat youtube...~). mula2 ingat nk buat satu hantaran 3 ke 4 bunga, tp MALAS la pulak, lgpun rasa mcm semak sgt kot. bia bunga yg SUSAH nak buat tu satu je..baru rasa mcm bernilai n org fokus..hehe

pembikinan kasut..

aksi-aksi Rizzy paint kasut CK~ dikendid oleh NUR ASYIQIN
Rizzy bukan reti pun paint kasut, main hantam je tu..HAHA. pegi kedai beli fabric dye, 2 kali ulang alik sebab salah beli warna pink. mula2 terbeli warna violet.(masa tengah nak beli dye tu CK call, dia kata kena tambah hantaran..kena tambah kain baju kurung..huhu)   Dalam mase sejam macamtu kasut di 'paint' secara live depan CK.(webcam) hehe


HANTARAN 1 : CINCIN


cincin yang dibeli dekat Kluang ~ yang disimpan oleh mak Rizzy akhirnya diberikan kepada Ck.. hehe. beserta RM70 (simbolik 7k) yg Rizzy main gulung ikut sukahati. HAHA. antara hantaran yg digubah last minit di malam sebelum hari tunang.(kakak2 aku yang potong daun pandan ngn kelopak bunga ros tu..huhu. aku tukang tabor..)


HANTARAN 2 : KAIN BAJU KURUNG

kain ni dibeli kat Kamdar Midvalley~ huhu.(dekat sengah jam lebih pilih kain apa nak beli..terima kaseh kepada madno si pak cik bakar baharom n kakji kerna tolong pilih kain..hehe..) takde idea nak letak macamana maka aku main lipat dan sumbat. :p. (buat bentuk handbag sebenarnye tu. idea mak~ )
 mak suruh letak bruj bentuk ketam..haha


HANTARAN 3 : COKLAT

Coklat ini di'sponsor' oleh adik ipar saya~ HAHA. terima kaseh. :) (beli kat giant.) kakji tolong susun coklat ni semua. tenkiu ! :D

HANTARAN 4 : BUAH

buah ni pun sponsor gak. HAHA. ( reben yg kilat kerawang tu dah tak cukup (abis) maka aku ikat guna reben lain warna pink tu. ade lebih reben kilat tu, aku pun letak je la ~ haha)
 HANTARAN 5 : TELEKUNG & CD SURAH PILIHAN
telekung paling pening kepala nak susun. huhu.(tengs to kakja n madno, diorang yg lipat macamtu) CD tu agak last minit rekod. dan tulisan khat tu ditulis secara live bersama CK. :) mula2 buat kaver CD penuh tutup, lepas tu CK kata nak bg nampak CD kat dalam (yela kalau tak nmpak nnt org taktau plak kn apa benda). maka, aku pun dapat idea nak tulis KHAT tu. hehe.
HANTARAN 6 : KEK

kek ini pun sponsor!!!! HAHHAAHAA. terima kaseh kak EG!! :D memula nak letak dalam kotak, tapi tak muat. maka terus je letak atas dulang macamni.

HANTARAN 7 : KASUT


kasut ni paling awal siap sebenarnya. yeahh bunga origami main letak je kat atas tu..haha.
(-brand kasut pilihan CK : BARBIE)


 7 KAD, 1 PUISI  :

Aku cari idea nak buat kad ni agak lama. sebab taktau nak buat kad yg macamana. fikir punya fikir, dapat gak idea. tahukah anda bahawa kertas pink yg balut di luar kad tu adalah sgt tak disengajakan? haha . Aku ambik lebihan kertas pink yg buat bunga rose terus test letak serong macamtu..then, terus decide nk mcmtu. :p Pop-up kat dalam memang dah plen nak wat. tulisan atas kertas hijau tu dibuat pada pukul 4 pagi sebelum esok berangkat ke Kluang.
(ayat last puisi bersambungan ini diselit di dalam bunga pop-up kad ke-7 )


ROSES BUAT CK :

Asalnya bunga ni nak letak kat hantaran, tapi aku tuka fikiran sebab nak bagi tema hantaran kekal sepenuhnya handmade dan origami look. maka bunga ni digubah jadi macamni dan bagi kat Ck masa hari tunang utk buat pegang~ hehe.


(terima kaseh diucapkan kepada seluruh kaum family yang sangat membantu persediaan hantaran ini. semua ikatan reben adalah hasil idea kakak2 saya~  :p)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan