Sabtu, 21 Julai 2012

Rama-rama Berdandan 1

drawing by Cahaya Kekasih


MEMBUNUH KHAYAL

Dengan kasih nama-Nya
Dakwat huruf berbunga-bunga
Menari pada matahati
Bernyanyi
Membaca tulistulis kata.

Jiwa yang peroi
Mahu kuuli membentuk
Agar-agar akhlak supaya elok
Mewarna jasad khalifah muka
Bumi ini.

Bak rerama separa syurga
Tercipta
Hati, mata, telinga
Terjaga rapi, terdandan;
Berseni.

Ruh yang remuk membusuk
Ingin dirasakan kembali
Berkuasa
Mematikan segala lipan dan kala ilusi khayal
Dunia.


Rizzy
21 Julai 2012M/ 1 Ramadhan 1433H