Sabtu, 4 Disember 2010

Ada Aku Kesah, Lelah Dipadam Suka & Langit Dusta


dimulakan dengan contengan selamba Ck..kemudian palitan spontan Rizzy~

tadAaaa~! HAHA. painting poem yang tetiba~

ade aku kesah?
Jojo pedulik..
Paktam kacak,
Rizzy ayu..
Ck gagah!


lukisan seterusnya di malam itu~ Ck mamai...Rizzy stress kene kaler background sensorang~
separuh bunga lu kaler, separuh lagi gua~


(tadaaa~ satu lagi painting siap~ huhu. lihatlah graviti air dalam pasu itu~ majik kan? :p bunga yang menakutkan~. Rizzy sempat menulis puisi untuk painting ini sebelum painting ini dilukis..hebat tak? HAHA.

LELAH DIPADAM SUKA
Kesakitan gurindam lelah
Mencengkam suka-suka
Bersama...

Seluruh muka-muka siksa
Tenggelam ke dasar lupa-lupa
Aku memeluk kecewa
Dengan senyum penuh gula
Bersama...

Kisah kita
Meski sukar dijelaskan mata
Sarat kau curahkan cinta
Bersama...

nukilan: Rizzy~16 okt 2010

painting: CK_Rizzy~18 okt 2010



lagi satu painting...di malam itu~ Ck mengajar Rizzy cara-cara menggabungkan warna dengan hikmat 'calit-cincai' yang dipelajari di gunung daik dengan seorang pak guru~

yeahh~ inilah hasilnya..painting ini diberikan nama atas surat beranak 'Langit Dusta'



Tiada ulasan:

Catat Ulasan