Isnin, 3 Januari 2011

Jose Andres & Lilliana

Tetibe Rizzy dapat mesej dari cik Erin atau nama ID Kapasitornya 'Kosong' meminta untuk menulis nama kawan beliau dalam jawi (khat). Maka Rizzy pun buat la.. nama dua orang kawan itu yang beragama kristian.

('Jose Andres'.. J dibaca H agaknya, tapi takpe la..huhu)


('Lilliana')

      

(ade gaya CK tangkap gamba tak?? HAHA)


maka setelah dilaminate, ianya dijual dengan harga 'promosi malas' iaitu RM 20 satu. :p

Rabu, 15 Disember 2010

Tak Berapa Waras ^_^

tadi takde keje bosan bosan CK wat Psychological Personality Tests kat facebook....pastu PAKSA ajak Rizzy wat plak...ni la dia hasilnye:~

Dear Cahaya Kekasih, based on test taken, How ambitious you are depends on the height that you answered, which is: top

You are opinionated and self-oriented, the size of this personality as seen by others is medium.
웃 : You have a complicated personality.
웃 : You have a peaceful personality.
웃 : You are also down-to-earth.
웃 : You are an opportunist.
웃 : Your best friend is the one you need when you are in trouble.




Dear Rizwanz Vosenika, based on test taken, How ambitious you are depends on the height that you answered, which is: success

You are opinionated and self-oriented, the size of this personality as seen by others is medium.
웃 : You are easy to understand.
웃 : You have a stubborn personality.
웃 : You are also down-to-earth.
웃 : You are an opportunist.
웃 : Your best friend is the one you need when you are in trouble.



haaa.....nampak tu??? yang merah tu perbezaan CK dgn Rizzy...yg lain tu same...huhu..amacam...ada betul ka? boleh pakai gak nih :P


mode: rasa macam nak wat test lain plak ^_~

Sabtu, 4 Disember 2010

first CK_Rizzy's card

membuat kad untuk dokter Ungku Kamariah, Pain Management Clinic HSI.

kad pertama kami~ hehe. nampak tak sain tu? :p


proses melekatkan quilling bee hasil buatan tangan Ck..Rizzy dengan konfidennya bubuh gam~ :P

maka...


siaplah kad itu~ hehe :D

dokter suka ok! haha


'CK lukis,CK kaler, Rizzy adjust bentuk muka, CK's 1st quilling try~bee, outline all by Rizzy, Ginger Bread, inside by CK~tulis je pandai..practical kureng :P
'

(ayat kopipes CK tulis kat Fb. HAHA
)





kami buat kad. ehh..Rizzy hanya membantu Ck menyettlekan 33 keping kad yang ditempah oleh kazen beliau. maka..saja la nak letak jugak kat blog ni..HAHA.


Ada Aku Kesah, Lelah Dipadam Suka & Langit Dusta


dimulakan dengan contengan selamba Ck..kemudian palitan spontan Rizzy~

tadAaaa~! HAHA. painting poem yang tetiba~

ade aku kesah?
Jojo pedulik..
Paktam kacak,
Rizzy ayu..
Ck gagah!


lukisan seterusnya di malam itu~ Ck mamai...Rizzy stress kene kaler background sensorang~
separuh bunga lu kaler, separuh lagi gua~


(tadaaa~ satu lagi painting siap~ huhu. lihatlah graviti air dalam pasu itu~ majik kan? :p bunga yang menakutkan~. Rizzy sempat menulis puisi untuk painting ini sebelum painting ini dilukis..hebat tak? HAHA.

LELAH DIPADAM SUKA
Kesakitan gurindam lelah
Mencengkam suka-suka
Bersama...

Seluruh muka-muka siksa
Tenggelam ke dasar lupa-lupa
Aku memeluk kecewa
Dengan senyum penuh gula
Bersama...

Kisah kita
Meski sukar dijelaskan mata
Sarat kau curahkan cinta
Bersama...

nukilan: Rizzy~16 okt 2010

painting: CK_Rizzy~18 okt 2010



lagi satu painting...di malam itu~ Ck mengajar Rizzy cara-cara menggabungkan warna dengan hikmat 'calit-cincai' yang dipelajari di gunung daik dengan seorang pak guru~

yeahh~ inilah hasilnya..painting ini diberikan nama atas surat beranak 'Langit Dusta'



Lawatan Sambil Mewarna~

Lawatan ck_rizzy ke galeri seni Muar. join kelas mewarna bersama kanak-kanak. RM 5 seorang sekali masuk. kami diajar melukis dan mewarna di atas kanvas menggunakan arkrilik. banyak yang dipelajari di sana..maka kami terasa sangat naif~ HAHA. (skema ayat aku wehh).




gadis kebaya biru..lukisan bersama ck_rizzy dibantu cikgu faez. :)



aksi-aksi mewarna yang konon-konon pro~ padahaaall~..haha. yaa, rizzy sain dengan penuh gementar sekali. :p


posing jangan tak posing~

terima kaseh cikgu~ kami budak baru belajar buat huru hara~



Khamis, 28 Oktober 2010

MELODY OF CK_RIZZY

When i see you marah
I rasa macam want to blah
Because nanti you terkam i
I cannot stand the flame in your eyes.

When i see you senyum
My hati starts to bloom
Semua happen to be miracles
I nak you, even you tak tackle.

Whatever yang jadi we have to be happy
Even things went wrong we buat tak reti
Miss-communicate terjadi hari-hari apply sorry
At the end of the story kita tulis puisi lagi.


















Rizzy & Cahaya Kekasih
27 Oktober 2010

p/s:
Paparazi kejar we play hide and seek with  the camera
Esok jadi front page don't know where to put muka.

Khamis, 14 Oktober 2010

DILAMAR MIMPI

Dalam lesu
mewarna cahaya
melukis pelangi
hidayahku diduga
                   dilamar mimpi...

Biarpun kita-kita melontar sejuta jawapan

Tetap mereka-mereka melempar seribu persoalan
Situasi sukar umpama sedih-sedih melingkar
Tak terfahamkan akal.


Atas alasan apa lagi mahu kau dengar
Cerita-cerita puas kusimpul hujung jalan
Keputusanku membongkar wajah-wajah sebenar
Perhubungan.


Keji-kejian menimpa muka-muka sekitar suka
Membalut luka-luka semalam menumbuh duka
Maki-maki hina aku jahat kau kata
Walau cuba hentikan curang-curang dan dusta-dusta.


Seluruh sudut perimeter kecewa-kecewa hati
Kita cuba susun plot-plot jatidiri
Persetan semua dengki-dengki dan benci-benci
Mereka perempuan dan laki-laki.

Dalam bingit

memanah adil
membedil erti
hatiku dikepung
                          pendinding suci
mati tak jadi.




Cahaya Kekasih & Rizzy
13 Oktober 2010