Khamis, 18 Ogos 2011

Rama & Dhan (4)


Malam. Kelihatan dua orang jejaka kacak berkopiah keluar dari perkarangan masjid dengan muka lemah longlai macam tak makan seminggu.

“Rama…hari ni dah puasa ke berapa, eh?
Lupa pulak…tadi ingatlah masa moreh
Sedap sangat makan kuih
Kita belom miss lagi kan terawih?”


“Bab makan kau memang ligat,
Kanan karipap, kiri sirap segelas,
Kita tak tinggal lagi terawih mat,
Malam ni dah malam ke lapan belas…”


“Rezeki Allah jangan ditolak
Musuh…bagi free pun aku tak hendak!
Ohh..kurang dua minggu lagi dah raya…
Kau amik cuti nanti berapa lama?”


“Apa kaitan musuh dengan makanan?
Kalau dah lapar semua kita bedal je Dhan.
Belum sempat puasa aritu tiket dah abis..
Amik cuti apenya kalau dah nama pun pengemis..
Keje pun kais pagi makan pagi,
Tak berapa laku meniaga paper dengan CD…”


“Haha…aku lupa kau keje sendiri,
Buat apa lah nak apply cuti.
Yelah tu jual paper ngan CD tak laku
Tak banyak takpe asal tak miss soru,
Ala…camne nak balik Sungai Petani….
Aku tak nak beraya di perantauan ni :( ”

Dhan menyepak batu kecil di hadapannya sekuat hati; pecah menghentam pembahagi jalan. Tinggal 20 tapak lagi nampaklah kelibat rumah sewa mereka.


“Laa..aku ingat kau dah dapat bas…
Apasal tak cakap nak balik sekali,
So, sekarang kita dua dah melepas…
Beraya rumah sewa la nampaknya ni…
Kueh raya takde, apa pun tak redi
Gile la macam ni.”
  

“Ye lahhhh…kan kite ni sekampong
Sedara sepupu sedatuk senenek lagi
Tak masuk serumah sebumbung
Tu pasallah muka kite pun sebiji
Biskut kering boleh je ganti bahulu
Sekarang ni fikir cari transport dulu.”


“Agak-agak cik Senah balik tak raya?
Aku dengar dia pun orang utara…
Laki dia bawak lori jual ayam kan,
Boleh mintak nak tumpang sekali jalan.
Esok ke kita try test tanya nak?
Manalah tahu dia boleh bawak…”


“Ok gak tu….
Ayam pun ayam lah
Janji sampai sudahh…”


Maka,  sesampai langkah di rumah Rama dan Dhan pun terduduk dengan perut yang membusung penuh akibat moreh.




oleh : Rizzy & Cahaya Kekasih
18 Ramadhan 1432 / 18 Ogos 2011 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan