Isnin, 29 Ogos 2011

Rama & Dhan (5)

Maka, puasa sudah pun bakal berakhir. Rama yang tidak tinggal sehari pun setakat ini memandang ke arah  kawan baiknya Dhan sambil tersenyum simpul.



“Baik sungguh jiran kita tu kan,

 penat aku puji dia sakan,

hidung mancung,

bibir seksi bagai,

bagi jugak dia kita ikut sekali jalan...

dapat lah kita beraya kat kampung,

untung...untung...”





“Tu la...mana nak dapat jiran camtu,

dah la selalu bagi kita makanan,

tiap petang ada je menu baru,

budi dia...Allah je la dapat balaskan.”





“Aku dah la banyak dosa ngan ibubapa ,

tak balik nanti nak mintak maaf macam mana,

takkan nak salam dengan kau je Dhan,

kau tak penah ada dendam ngan aku kan?”





“Dengan aku memang tak ada,

Tapi dengan pak G-Mail ...adalah kot,

Kan kau selalu kacau anak dia,

Abis mana je minah tu pegi kau ikut.”





“Hahaaha...anak dia yg minat kat aku weh,

bukan aku yang terhegeh-hegeh,

aritu aku dah cakap kat dia,

lepas raya aku nak masuk meminang...

dia kata nanti prepare sama-sama,

'jangan takut, ayah I tak garang'...”





“Haih...tahun depan puasa sorang la nampaknya,

Kau dah tentu tentu la kat rumah mertua,

Sahur, berbuka...dah ada orang jaga,

Semua mesti dah tak sama.”





“Alahai,
kau diam-diam  pun dah mengikat janji,

kau ingat aku tak tau ke bhai,

tahun depan doa-doakan la semuanya jadi...

hah, malam ni kita nak buka apa?

dah last dah ni puasa...”





“Tau je eh gosip-gosip artis  terkini,

haha...sah la kau ni krew Melodi

malam ni simple simple je lah,

pastu kan kita nak gerak dah,

mintak-mintaklah lori cik Senah da cuci,

kalau tak...esok kitalah yang paling “wangi”...”





“Kita masak megi je la,

 kau udang aku tomyam,

 pastu beli air sirap kat bazaar,

popia goreng ngan kueh apam...

lepas Maghrib kite takbir raya eh Dhan...

cik Senah gerak kul 12 kan?”





“Sebut-sebut megi kan aku dah lapar,

dondang sayang, rock kapak...main lagu perut ni,

nanti kite keluar pas solat Asar,

mesti orang ramai kat bazaar harini,

eh, apasal lambat sangat pukul 12?

aku dah terbayang dah ni ketupat palas...”





“Tak silap aku dia bagitau macam tu semalam...

lepas buka kita tanya balik,

amacam...

ada baik?”





“Tauhu sumbat dengan taugey,

 wokey.”





                                                -------



Jam lapan malam. Ruang tamu.



oleh: Rizzy & Cahaya Kekasih
29 Ogos 2011 / 29 Ramadhan 1432H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan