Ahad, 17 Mac 2013

SELAMAT HARI LAHIR

mak Rizzy request untuk birthday abang no 2 esok.

cover by Rizzy.
pop up comel CK buat :P

Selasa, 26 Februari 2013

Bismillah....

finally done. banyak betul dugaan nak menyiapkan kertas nan sekeping ni.huhu.


Khat by Rizzy, border by CK


 


p/s: belated birthday present Mamami, makcik CK.


Barakallah~

last minute wedding present untuk jiran CK kat Kluang~

 Nadia & Mohammad

Selasa, 11 Disember 2012

Sijil Tamat Kursus!

saje2 buat sijil bagi anak2 buah CK yang datang bercuti kat rumah kami ni selama 2 minggu yang penuh aktiviti.


belajar ngaji, bahasa Arab, buat buku kerja sekolah sikit-sikit..main masak2, jalan2 Taman Rama-rama, tengok wayang, melawat Petrosains...macam la kan...






Pengetua, Guru Disiplin dan para pelajar.



p/s: 3 hari dah budak2 balik. sunyi rumah. rindu!

Khamis, 8 November 2012

Sabtu, 21 Julai 2012

Rama-rama Berdandan 1

drawing by Cahaya Kekasih


MEMBUNUH KHAYAL

Dengan kasih nama-Nya
Dakwat huruf berbunga-bunga
Menari pada matahati
Bernyanyi
Membaca tulistulis kata.

Jiwa yang peroi
Mahu kuuli membentuk
Agar-agar akhlak supaya elok
Mewarna jasad khalifah muka
Bumi ini.

Bak rerama separa syurga
Tercipta
Hati, mata, telinga
Terjaga rapi, terdandan;
Berseni.

Ruh yang remuk membusuk
Ingin dirasakan kembali
Berkuasa
Mematikan segala lipan dan kala ilusi khayal
Dunia.


Rizzy
21 Julai 2012M/ 1 Ramadhan 1433H

Isnin, 25 Jun 2012

Unexpected Task






hope she likes it!

Cinta Baru

 Rizzy excited pertama kali cuba glass paint~
CK dapat kaler sikit je..

 done painting
belum kering lagi


 24 jam kemudian~


sebelum dan selepas

Sabtu, 10 Disember 2011

SAPE KATA JADI PASANGAN SENI TU MUDAH?

dah lama sangat tak jengah sini.....bukan tak de aktiviti CK_Rizzy tapi ada orang tu tak update pun..kite da jaga FB....edit pic n upload kat akaun dia skali....takkan cini pun nak tunggu kite gak. kan? haihhh...... =_=~

harap-harap lepas bln 3 tahun depan takde la macam ni lagi kan...kadang2 sumpahan "darah manis" tu memang menduga iman....mood pun jadi roller coaster....*tu la..sape suruh bercinta dengan art partner, kan? terima la padahnya....da la asal buat art je argue...dua2 ego dengan seni masing2 ~_-


mungkin juga tekanan situasi buat kami tegang. terlupa pada paksi yang menemukan retina membiaskan rasa cinta pada pandangan pertama dulu. hmmm.....sebut "dulu" tu macam dah lama sangat je kan? eh setahun lalu, masa2 camni cincin tunang baru je beli......tapi sekarang ni cincin kawen da menanti. diam tak diam, dah dekat setahun 10 bulan kenal, setahun 5 bulan cinta pandang pertama....dan da 10 bulan bertunang....3 bulan lagi da nak kawen...

time flies so fast that we feel like we're engaged for too long....kamu, kamu dan kamu di luar sana tak payah la bertunang lama2 ni...sakit tau x....syaitan akan sentiasa ganggu utk gagalkan masjid dalam pembinaan..takde isu pun boleh terasa hati.... * ye la kalau baik je sentiasa bosan plak kan? tapi penat gak pe~


da la...sebenarnye saje je bosan....bebel2 kat cni xtau nak post apa....nanti2 je la eh CK update artwork tu...sedang sibuk dengan artwork untuk wedding...


mode: Rizzy pressure making the money; CK stress managing the money.
 both are equally hard actually =_=!

Isnin, 29 Ogos 2011

Rama & Dhan (5)

Maka, puasa sudah pun bakal berakhir. Rama yang tidak tinggal sehari pun setakat ini memandang ke arah  kawan baiknya Dhan sambil tersenyum simpul.



“Baik sungguh jiran kita tu kan,

 penat aku puji dia sakan,

hidung mancung,

bibir seksi bagai,

bagi jugak dia kita ikut sekali jalan...

dapat lah kita beraya kat kampung,

untung...untung...”





“Tu la...mana nak dapat jiran camtu,

dah la selalu bagi kita makanan,

tiap petang ada je menu baru,

budi dia...Allah je la dapat balaskan.”





“Aku dah la banyak dosa ngan ibubapa ,

tak balik nanti nak mintak maaf macam mana,

takkan nak salam dengan kau je Dhan,

kau tak penah ada dendam ngan aku kan?”





“Dengan aku memang tak ada,

Tapi dengan pak G-Mail ...adalah kot,

Kan kau selalu kacau anak dia,

Abis mana je minah tu pegi kau ikut.”





“Hahaaha...anak dia yg minat kat aku weh,

bukan aku yang terhegeh-hegeh,

aritu aku dah cakap kat dia,

lepas raya aku nak masuk meminang...

dia kata nanti prepare sama-sama,

'jangan takut, ayah I tak garang'...”





“Haih...tahun depan puasa sorang la nampaknya,

Kau dah tentu tentu la kat rumah mertua,

Sahur, berbuka...dah ada orang jaga,

Semua mesti dah tak sama.”





“Alahai,
kau diam-diam  pun dah mengikat janji,

kau ingat aku tak tau ke bhai,

tahun depan doa-doakan la semuanya jadi...

hah, malam ni kita nak buka apa?

dah last dah ni puasa...”





“Tau je eh gosip-gosip artis  terkini,

haha...sah la kau ni krew Melodi

malam ni simple simple je lah,

pastu kan kita nak gerak dah,

mintak-mintaklah lori cik Senah da cuci,

kalau tak...esok kitalah yang paling “wangi”...”





“Kita masak megi je la,

 kau udang aku tomyam,

 pastu beli air sirap kat bazaar,

popia goreng ngan kueh apam...

lepas Maghrib kite takbir raya eh Dhan...

cik Senah gerak kul 12 kan?”





“Sebut-sebut megi kan aku dah lapar,

dondang sayang, rock kapak...main lagu perut ni,

nanti kite keluar pas solat Asar,

mesti orang ramai kat bazaar harini,

eh, apasal lambat sangat pukul 12?

aku dah terbayang dah ni ketupat palas...”





“Tak silap aku dia bagitau macam tu semalam...

lepas buka kita tanya balik,

amacam...

ada baik?”





“Tauhu sumbat dengan taugey,

 wokey.”





                                                -------



Jam lapan malam. Ruang tamu.



oleh: Rizzy & Cahaya Kekasih
29 Ogos 2011 / 29 Ramadhan 1432H

Khamis, 18 Ogos 2011

Rama & Dhan (4)


Malam. Kelihatan dua orang jejaka kacak berkopiah keluar dari perkarangan masjid dengan muka lemah longlai macam tak makan seminggu.

“Rama…hari ni dah puasa ke berapa, eh?
Lupa pulak…tadi ingatlah masa moreh
Sedap sangat makan kuih
Kita belom miss lagi kan terawih?”


“Bab makan kau memang ligat,
Kanan karipap, kiri sirap segelas,
Kita tak tinggal lagi terawih mat,
Malam ni dah malam ke lapan belas…”


“Rezeki Allah jangan ditolak
Musuh…bagi free pun aku tak hendak!
Ohh..kurang dua minggu lagi dah raya…
Kau amik cuti nanti berapa lama?”


“Apa kaitan musuh dengan makanan?
Kalau dah lapar semua kita bedal je Dhan.
Belum sempat puasa aritu tiket dah abis..
Amik cuti apenya kalau dah nama pun pengemis..
Keje pun kais pagi makan pagi,
Tak berapa laku meniaga paper dengan CD…”


“Haha…aku lupa kau keje sendiri,
Buat apa lah nak apply cuti.
Yelah tu jual paper ngan CD tak laku
Tak banyak takpe asal tak miss soru,
Ala…camne nak balik Sungai Petani….
Aku tak nak beraya di perantauan ni :( ”

Dhan menyepak batu kecil di hadapannya sekuat hati; pecah menghentam pembahagi jalan. Tinggal 20 tapak lagi nampaklah kelibat rumah sewa mereka.


“Laa..aku ingat kau dah dapat bas…
Apasal tak cakap nak balik sekali,
So, sekarang kita dua dah melepas…
Beraya rumah sewa la nampaknya ni…
Kueh raya takde, apa pun tak redi
Gile la macam ni.”
  

“Ye lahhhh…kan kite ni sekampong
Sedara sepupu sedatuk senenek lagi
Tak masuk serumah sebumbung
Tu pasallah muka kite pun sebiji
Biskut kering boleh je ganti bahulu
Sekarang ni fikir cari transport dulu.”


“Agak-agak cik Senah balik tak raya?
Aku dengar dia pun orang utara…
Laki dia bawak lori jual ayam kan,
Boleh mintak nak tumpang sekali jalan.
Esok ke kita try test tanya nak?
Manalah tahu dia boleh bawak…”


“Ok gak tu….
Ayam pun ayam lah
Janji sampai sudahh…”


Maka,  sesampai langkah di rumah Rama dan Dhan pun terduduk dengan perut yang membusung penuh akibat moreh.




oleh : Rizzy & Cahaya Kekasih
18 Ramadhan 1432 / 18 Ogos 2011 

Rabu, 10 Ogos 2011

Rama & Dhan (3)


Berbuka nasi dengan ikan kerisi,  Rama dan Dhan duduk mengisap rokok di depan pintu rumah bujang mereka. Lalu, selepas solat maghrib, mereka merenung skrin laptopmasing-masing mengadap laman sosial. Beberapa ketika selepas itu, azan Isyak pun berkumandang memanggil sembahyang.



  
“Dan dan la kau Dhan…

Bila aku ajak terawih, ko buat alasan,

Konon sakit perut makan terlebih biskot,

Konon lenguh badan tak boleh jalan..”





“Mana ada aku buat alasan,

Dah memang betul salah makan

Hari tu masa beli tak perasan tarikh luput,

Tu yang menyucuk-nyucuk sampai perut..”





“Agak-agak la nak ngelat,

Ko ingat aku bodoh sangat

Tah bila la ko nak solat,

Bulan puasa ni la elok bertaubat..”





“Walaupun aku ni bekas mat rempit,

hari-hari aku pegi masjid

takkan nak kecoh satu kampong,

nanti riak, pahala kosong..”





“Yela, yela…

aku pegi sorang la

sebak dada aku tau tak,

kau tak nak teman, aku ajak.. :’( “





“Laaa..

Tibe-tibe ko nak emosionnnnal kenape?

Aku bukannya tak nak suke-suke,

Dah perut aku ni tak selese nak buat camne

Nanti aku teman la, bukannye esok nak raye..”





“Kalau kawan dah tak rele(a)..

Memang takleh nak buat ape dah

Biarlah aku sarung selipe(ar),

Pelan-pelan susun langkah.. “





“Apahal la nak tacing-tacing,

Macam aku taktau… kenapa ko beriya nak pegi

Ade ikan kau nak pancing,

Nak tunjuk alim….ngurat anak haji Mail teksi

Kan?”





“Weh,

Ape kes anak G-Mail,

Aku aim cucu Nek Murong lah

Semalam aku dah tengok emel,

Kat Facebook dia ajak aku jemaah

So,..orang dah ajak

Takkan aku nak tolak~”





“Ahah~! Tu dia,

Mengaku jugak akhirnya..”







“Huhuhuhuhuuhu.. :p”





oleh : Rizzy & Cahaya Kekasih
9 Ramadhan 1432/ 9 Ogos 2011

Jumaat, 5 Ogos 2011

Rama & Dhan (2)

Di arloji, lima empat puluh minit pagi.

  

“Astagfirullahal 'azim…weh, Dhan!

Bangun la…sahur dah nak abis,

makan la…ada tinggal sikit lagi kubis,

yang mak cik Senah jiran bagi time bebuka,

kang siang nanti ko lapa… jangan nak buat muka…”





“Ala….bukan kite baru buka ke tadi?

Aku baru je nak drift dalam mimpi,” separa sedar Dhan merungut, memeluk bantal busuk yang dipenuhi peta Nusantara.





“Baru buka pejadahnya…

aku tak kesah kalau ko kenyang lagi,

lepas makan ko tido la balik,

ok...aku tanya ko lagi sekali,

ko nak sahur ke, nak mimpi drift balik?”





“Kat kampong aku tak biasa kena sergah,

mak kejut penuh kasih lagi berhemah,

tu je ke tinggal lauk cik Senah?

Takkan kubis je nak ratah…”





“Mana ada aku sergah,

aku belai lagi dagu kau ni Dhan...

dah ade kobis je boleh ratah,

kalau nak, ko makan la dengan durian...

haaaa..tu la ko taktau,

aku terjumpa satu kat tepi penyapu...”





“Memandai je kau ni, Rama…

bila pulak kita tanam durian?

nampak je muka skema,

cili pun kita curik pokok jiran.”






“Aku mintak ok...

ni yang aku cekik ni apa hah?

ko tak nak, aku settlekan sorang..

weh, lagi dua minit orang nak azan dah,

ke kau nak lapa esok siang?”





“Haihh..

terbayang pulak nasi durian dengan santan,

gaul sekali gula Melaka,

macam dah kat tekak dah ni rasanya telan,

alahai…ngidam pagi-pagi buta,

sebenarnya nasik tu  tadi aku yang abiskan,

sahur awal, ingatkan  kau tak nak makan."





"Ciss…

Jembalang in the jar

Kurang ajar."



oleh: Rizzy & Cahaya Kekasih
04 Ogos 2011/04 Ramadhan 1432H

Khamis, 4 Ogos 2011

Rama & Dhan

Rama bosan. Dia menepuk bahu kawannya Dhan sambil berkata,

"Aku lapar la wei…gile ah. Dari pagi tak makan..."



Dhan membuat gaya terkejut pelik seraya membalas,

"Dah ko puase memang la lapar..kalau tak nak merengek, takyah la niat puase arini... aduhhh..."



"Abis tu kita nak makan apa buka nanti weh?" Rama mengorek hidung.





"Tu..ko dah buka dah tu..." Dhan memuncungkan bibir ke arah hidung Rama.



"Korek hidung mana batal…aku bukan masuk drip..."





"Semalam kita makan roti dengan telur,
arini apa yang tinggal kat dapur?"





"Telur 6 bijik semalam dah habis,
ada pun saki baki kubis."





"Kubis boleh bikin masak air,
apakata kita buat ikan sumbat taugey..."





"Kubis menyelam dalam lautan,
eh confirm ke ada lagi ikan?"





"Entah..kelmarin aku rasa macam ada terpandang,

kalau  takde cuba kita try rebus kerang...

susah sangat kita pergi bazar Ramadhan,

ushar sikit apa yang ada boleh makan..."





"Bazar Ramadhan memang la kelasss,
tapi aku rasa ayat tu patut letak last..."





"Haha...aku ekceli fulus tak bape nak ada,

apakata kita bukak esbok cari kerang,

manalah tau ada sekor dua,

boleh gak campur dengan kuah pindang..."





"Apa barang kerang pindang,

rebus je lah cicah cili kicap,

makan sure tak ingat orang belakang

perghh... meleleh air liur  gua cakap!"





"Ok gak tu.. tapi lu kalau makan memang tak ingat,

gua punya nasik pun tergugat,

tapi dari kita duduk kat sini,

jomlah pegi mulakan operasi...

ingatkan kerang ada boleh rebus,

entah-entah kubis pun dah lama dah hangus..."







"Ya Allah!! Bulan puasa pun ada pencuri,

ni tong gas kita mana dia bawak lari?

tapi pintu kan dah memang kunci,

aku syak mesti kerja orang dalam ni…"





"Weh...selama ni aku berangan esbok pintu otomatik,
dapur gas elektronik,

baru ku sedar kita miskin,
mana ada penyamun nak check-in…"





Dhan terdiam mengerut dahi luasnya, lalu tersengih bak kerang busuk. Terpaksa mereka menelan roti kosong lagi hari ini.





oleh: Rizzy & Cahaya Kekasih
        03 Ogos 2011 / 03 Ramadhan 1432

Jumaat, 6 Mei 2011

CK, Rizzy & Aris Aziz


Pada 20 haribulan Mac lalu, kami pergi berjumpa dengan uncle Aris Aziz. : D 

Rizzy dah lama duduk kat CM (Pasar Seni) first time dapat lepak  dengan uncle Aris. huhu.. minum teh, limau ais.. Uncle ajar kami cara nak buat painting, macamana nak buat sumthing yang feel dengan drawing, selain teknik kaler yang kreatif. banyak gak pertukaran idea dengan uncle Aris.. hehe



CK mendapat pujian 'comel'..HAHA. macam-macam la borak, YA, uncle Aris memang sangat kool. beliau seorang yang relax. pro.. : D



keposingan..~ uncle Aris bila orang nak amik gamba dia terus dia pakai beriberi (topi). dia kata bagi nampak gaya sikit. huhu. padahal sebelum tu dah bukak topi. petang tu cucu dia datang..maka dia pun lukis muka cucu dia. memang takyah cerita la..sup sap sup sap..tarik-tarik sikit pensel...dah jadi...~ kami kagum.!

  
tengok tuuuuuuuuuuuuu...haaaaa.. lukis macam nak tak nak je. tetiba dah siap. nampak rupa dah. huhuiiiii



ni pulak anak uncle Aris. dari mula kami datang dia dah melukis. tah muka kasteme kot..hebat jugak la.~


maka, setelah sejam lebih kurang lepak dengan uncle Aris Aziz, kami pun pulang~

tenkiu uncle sebab sudi luangkan masa dengan CK Rizzy..  :)

Ahad, 24 April 2011

Good Morning Singapore!

break

broke

broken

.
.
.
.
.
.

heart
.











bye.


mode: mOOdy .___.

Jumaat, 22 April 2011

SELAT TEBRAU

ini baru akan dipisahkan selat tebrau..tu pun entah bape hari je...entah2 bape jam je..huhuhu...


tapi rasa lain macam..mungkin sebab selama ni tak pernah lain2 negara...kalau internet xde...kita guna talian hayat maxis...tapi ni roaming mahal wooo....ok..dia xbrubah pape...tapi aku yang kejap2 nak msg dia..kejap2 nak call dia...camne??? sabo je la.....


moga2 jauh yang lebih sikit dari biasa ni membawa makna bahagia.,.amin..



mode: dari semalam rasa lain...jiwang T_T

Jumaat, 8 April 2011

Merayau-rayau di Kota Raya [bajet pelancong =_=!]

bulan lepas, CK pegi KL....konon2 pegi atas alasan dan tujuan hadiri majlis perkahwinan anak abah [Gopa Bahari], abg ngah...tapi bape jam je pun kat dewan DBP tu...lebihnye dating...hahahha...

tapi memang everything happened for a reason la kan..Allah tak jadik kan apa2 tu sia2...storyline cantik je Dia susun kan...


day 1~18 mac 2011:

hari ketibaan CK
[abang baju hitam tu gelabah cari tunang dia yang dah sampai dulu....maklom la..1st officially engaged official date]
fuyyooo....!! ptama kali CK naik bas sorang2 g KL.
nasib baik la memang bas tu hantar terus kat dalam kampung encik tunang :P


Haaa....bukan nak cite date CK_Rizzy sebenarnye..tapi ada sepasang mata lain yang memerhati cik abang baju hitam yang kelam-kabut tu....hohoho..siapakah??




 kenal tak abang comel ni???
nama kat fb dia Imran Khalid...nama kapasitor dia...err....tak ingat..huhu


dia kata dia nampak abg baju hitam kat atas tu di tempat kejadian...nak tegur tapi cam kelam-kabut semacam kan...jadi dia pun biar je la...
alkisahnya dari kecik diorang tu sebenarnye berjiran...umah satu jalan je..tapi tak tahu..ish2...
tu la jadiknye...boleh kawan kat luar....tapi duduk satu lorong pun xtau..


day 2~19 mac 2011:


 "saje jalan2....lama tak datang sini....terserempak dengan orang, aku amik la gambar..."
itu ayat adib!! bila kawan dia tanya mana dia pegi dah malam tak sampai2 rumah lagi..huhu...kaver line..


dengan beraninya CK_Rizzy balik cheras sendiri lepas pegi wedding kawan Rizzy kat Ampang...huhu..akak cuma boleh amik kat tesco cheras..jadik fikir la camne nak g sana kan...dah la Rizzy tu master of the train je...bas ni dia xtau sangat..maka sementara carik jalan tanya2 orang bas mana nak naik..lepak2 kat Times Square...muncul lah super hero yang gagah lagi perkasa serta kacak ..tak lain tak bukan anak kepada Cik Bako yang alim [err...anak dia pun leh tahan~itu anak dia yang kata =_=!]........tunggu punya tunggu bas tak datang2....bila decide nak naik train je...bas pun tiba..tapi tak nak naik da bas tu...takut x sampai lak kan..haha...

maka kami bertiga naik la train sampai bandar tun razak [eh betul tak ni? x ingat da..]..pastu naik teksi ke tesco cheras...tak terus balik..kami lepak2 bergambar berkongsi2 ABC dulu....



memang miracle lah kan!!
boleh plak terserempak dengan QaQa kat ctu...
jadilah kami 4 Kapasitorians yang berposing-posingan di food court tesco tu...




day 3~20 mac 2011:

bukan main lagi abang kemeja hitam tu kan...
"pelancong" dari mana ntah...1st time datang KL kot :P


another miracle...kat stesen mana ntah..terserempak dengan classmate kat convent dulu [of course CK yang pegi convent..xkan rizzy kot? :P]..Pei Ching!!!!

dan abang ensem baju kotak2 tu kawan baik rizzy, Kuchai nama manje dia.....selama ni rizzy selalu sangat la mention pasal kekacakan beliau tu kan..baru ni la ck dapat mengesahkannye [ahem2..nasib baik ai pakai cincin emas ada batu bentuk bunga tu hari tu :P]...jumpa kat TBS sebelum CK_Rizzy "balik" johor :P



gambar2 jumpa abah Gopa dan uncle Aris Aziz nanti biar Rizzy je update.,...


mode: pecah rekod dating paling lama..sambung seminggu kat johor :P

Sabtu, 2 April 2011

SAMPAI NANTI...

CK_Rizy 1st official date after officially engaged was not so artistic...tibe2 je kitorg jadi typical couple..huhuhu...BOSAN!!!

nasib baik la last minute rizzy da sihat....jadi artwork dibuat pada beberapa jam terakhir hari terakhir dating yang panjang kat shah alam..

sampai hati kan rizzy tu nak balik...tinggalkan ck :(
beruang panda/sampai : CK
beruang madu / nanti: rizzy

Jumaat, 25 Februari 2011

HIBURAN DINIHARI

satu lagi malam yang xtau nak watpe [padahal bnyk giler keje]........


bila bosan2 ni rasa terpanggil2 lak utk mrepek kat cni.....


stesen radio mana aku bukak pagi2 bute ni?? klasik nasional ke?? lagu p.ramlee jek...tp bkn p.ramlee..sedap giler suara dia ..sape nyanyi nih?? [tapi eh...apesal lepas dia..dia lagi....pastu die lagi,...]


jap2....







aku ade radio ke?





da tu mana datang suara merdu buluh lemang ni??













ni dia...konsert amal jariah via YM dinihari ini mempersembahkan......












seniman jalanan mana pulak ni???



lets rock, bebeh!.

alamak..garangnye...

mesti main lagu nasyid ni...



tapi ustaz tak main gitar la arini...


lagu: Hanyalah Kamu
100% by Rizzy



eh da tukar stesen ke? da lain plak zaman lagu ni..hehe




mode: wish to hear you every second [ops...terjiwang plak.... :P]